Matlamat PSS
1) Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.
2) Mengurangkan penggunaan buku teks secara yang meluas di dalam pengajaran dan pembelajaran.
3) Menggalakkan tabiat belajar dan kegembiraan menggunakan berbagai-bagai kemudahan alatan dan bahan pengajaran-pembelajaran di kalangan murid-murid dan guru-guru.
4) Membantu murid-murid dan guru-guru dalam usaha mengeluar dan menilai berbagai-bagai alat dan bahan pengajaran-pembelajaran.
5) Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan murid-murid dan guru-guru yang berbeza antara satu dengan yang lain.
6) Melatihkan murid-murid menggunakan pengamatan mereka sendiri selaras dengan pertumbuhan dan pemikiran individu, dan bertindak dengan dunia luar secara yang teratur dan penuh kepercayaan.
7)Memberi kesedaran di kalangan murid-murid dan guru-guru bahawa tugas memperbaiki dan meningkatkan taraf pengajaran-pembelajaran adalah tugas bersama yang harus dilaksanakan secara kolektif.
8) Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu, pendidikan sepanjang hayat dan masyarakat membaca.
No comments:
Post a Comment