Welcome to PSS SJK(C)Putra Nilai. Selamat Datang ke PSS SJK(C)Ladang Bukit Kledek. 欢迎来到汝来育侨华小专业。^^
2011年即将结束,大家在假期中要好好照顾身体,快快乐乐过完这个一个月半的假期。^^

Sejarah SLBK

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Bukit Kledek ditubuhkan pada tahun 1948. Ia terletak di dalam sebuah lading getah yang bernama Ladang Bukit Kledek, satu tempat yang terpencil di pinggir Negeri Sembilan. Pada asalnya, tujuan sekolah ini ditubuhkan ialah untuk menjaga anak-anak pekerja lading ini disamping memberi pendidikan formal. Sebelum kemerdekaan, sekolah ini dinamakan SRJK(C) YUK CHIAU yang membawa maksud “mendidik anak-anak bangsa di seberang laut”. Setelah kemerdekaan, nama sekolah ini telah ditukar menjadi SRJK(C) LADANG BUKIT KLEDEK sehingga hari ini. Pada peringkat awal sekolah ditubuhkan, ia adalah bertempat di sebuah rumah pekerja yang dimiliki oleh Ladang Bukit Kledek. Rumah itu hanya mempunyai sebuah bilik darjah. Sumber kewangan bagi menguruskan sekolah ini ialah hasil sumbangan serta derma daripada pengurus lading dan pemimpin-pemimpin kaum Cina (En. Yee Yen Lai, En. Tham En, En. Lye Joo Sen, En. Lee Fah San, En. Tong Kim Joo, En. Tong Kee Ming, En. Too Kee Jiap, En. Lee Hong dan En. Koo Ying Sen). Pada tahun 1963, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru diatas permintaan Guru Besar dan Ahli Lembaga Pengurus Sekolah bagi penggunaan kedua-dua buah sekolah dalam lading tersebut, iaitu SRJK(C) Ladang Bukit Kledek dan SRJK(T) Ladang Bukit Kledek. Bangunan ini mengandungi tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru. Bangunan ini digunakan oleh kedua-dua buah sekolah tersebut secara bergilir-gilir, pada silang pagi dan petang. Memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah, maka sekolah ini pun memohon kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan sekolah yang baru bagi menembung keperluan. Pada tahun 1982, kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM20,000.00 untuk membina sebuah bangunan yang mengandungi dua buah bilik darjah. Perbelanjaan berlebihan disumbang oleh orang ramai. Pada tahun 1986, sebuah bilik guru telah dibina. Pada tahun 1990, sekolah ini sekali lagi mendapat peruntukan sebanyak RM10,000.00 daripada kerajaan untuk membina sebuah pusat sumber. Akan tetapi, mulai tahun 1991, sekolah ini menghadapi masalah kekurangan murid. Ramai pekerja kaum Cina telah berpindah dari lading kerana pendapatan rendah dan ingin mencari rezeki yang lebih lumayan di luar. Mulai tahun 1996, bilangan murid semakin kurang sehingga tidak melebihi 10 orang. Memandangkan keadaan yang serius ini, maka Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru bercadang supaya sekolah ini dipindah ke suatu lokasi dimana ada keperluannya daripada kaum Cina. Atas bantuan dan kerjasama beberapa pihak, sekolah ini telah berhenti beroperasi di Ladang Bukit Kledek, serta mula beroperasi di tapak yang baru, iaitu Putra Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, pada 1 Januari 2010. Pembinaan bangunan sekolah bermula pada awal tahun 2009 dan siap dibina pada akhir tahun 2009. Kini, sekolah ini terletak di atas sebidang tanah seluas 6 ekar, beralamat NO. 5, PERSIARAN KOLEJ BBN, PUTRA NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN. Tanah sekolah serta kos pembinaan blok pentadbiran dan blok pengajaran dibiayai oleh Tan Sri Dato’ Gan Kong Seng, pemaju perumahan Bandar Baru Nilai. Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah telah disempurnakan pada 7 Julai 2009. Terdapat 7 buah bilik dan tandas di blok pentadbiran, manakala 9 buah bilik darjah di blok pengajaran. Ia juga dilengkapi dengan kantin dan tempat menunggu. Pada 1 April 2010, enrolmen sekolah ini ialah seramai 101 orang. Tenaga pengajar seramai 10 orang dan seorang pembantu tadbir. Bilangan murid bermula dengan 97 orang pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum dan meningkat ke 122 orang pelajar pada bulan Jun 2010. Pada tahun 2010 , hanya 5 kelas iaitu Tahun 1 , Tahun 2 , Tahun 3 , Tahun 4 , dan Tahun 5. Tiada pelajar Tahun 6. Oleh sebab itu , tiada pelajar yang mengambil peperiksaan UPSR pada tahun 2010. Pada tahun 2011 , sebanyak 56 orang pelajar Tahun 1 telah melaporkan diri ke SJK(C)Ladang Bukit Kledek. Pada tahun tersebut , sebanyak 7 kelas diadakan iaitu Tahun 1M dan 1K , Tahun 2M , Tahun 3M , Tahun 4M , Tahun 5M dan Tahun 6M. Masuk tahun ini , 12 orang pelajar Tahun 6 akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Sehingga sekarang , bilangan pelajar SJK(C)Ladang Bukit Kledek tercatat sebanyak 197 orang pelajar yang terdiri daripada berbilang kaum.














Papan Tanda sekolah

Bangunan Sekolah
















Kantin Sekolah
















Bangunan Pentadbiran
















Bangunan Sekolah

No comments:

Post a Comment